Powered By Blogger

Monday, January 2, 2017

♥(✿´∀`✿)ノYou Be Kind / Awak Jadi Baik♥(✿´∀`✿)ノ

Bab One

"uhuk..uhuk..uhuk.."pedihnya tekak aku ni.Nak kata tak makan ubat lagi,baru sepuluh minit lepas baru telan ubat batuk yang baru dibeli semalam oleh teman sebilik kesayangan aku tu.Ha..!!Sebut pasal dia ni,mana pula dia pergi.tadi kata nak pergi dorm sebelah je.Maisarah..Maisarah..ni mesti ada gosip terbaru ni.Kalau tak pun pergi lantak makanan dorm sebelah tu.Maklumlah baru 3 hari lepas balik cuti raya ni,banyaklah bekalan kuih raya dibekalkan oleh ibu bapa masing-masing untuk anak kesayangan mereka ini ye.

Aku bangun sambil mengambil segelas air masak kat tepi katil aku yang memang kebiasaan untuk aku minum malam-malam buta.Aku ni penakut sikit.Kadang-kadang nak pergi tandas pun,aku ajak Maisarah sekali.Bengang gila dia kat aku.Nak buat macam mana.Aku ni memang penakut sangat.Nak ajak orang lain?Seganlah pula aku.Aku ni bukan peramah sangat macam Maisarah tu.Aduhai!!Apelah malang nasib aku ni.Malu tak bertempat betullah.

"ha!!"
"Allahu Akbar"
"hahahahaha..kan dah kene...dok berangan apa tu..sampai x sedaq kite kat belakang ni"
"astaghfirullahalazim!!ape ni Mai.Terkejut aku tau tak.Selamat jantung aku ni masih dalam keadaan yang baik...Kalau tak inalillah dah aku ni tau..cubelah bayangkan kalau aku ade sakit jantung...tak ke cari nahas  namanye tu"
"haiyaa...apelah ini budak...itu pun nak membebel"
"memang..memang"
"sebab tau jantung kau eloklah aku buat gitu..ha..!! ni batuk kau tu dah elok dah ke.??"
"alhamdulillah..sudah semakin baik dah..just perit sikit je...kadang tu aku fade up dah dengan batuk ni...selalu sangat nak batuk..susah betullah."
"Alhamdulillah bagus lah..sabar!! sabar!!..Allah baru bagi sikit je ujiann kat kau...sebab die nak uji tahap keimanan kau kat Dia...Allah tak akan membebani hambaNya mengikut kemampuan hambaNya tu.faham tak??"
"faham ya ustazah bakal pendakwah milenia..hehe...alhamdulillah..betul cakap kau tu..Setiap kesakitan yang Allah bagi kat HmabaNya akan menghilangkan dosa-dosa kecil kite kan..faham..! faham..! tapi kenapa aku rasa macam ada bau something ye..kau ada bau tak??"
"bau?? bau apa??"
"alaa..adelah...cube kau bau kat sekeliling kau tu.."
"oit..oit...kau perli aku lah tuu yer....kurang bin asam betul lah..nah..ambik kau"

Gedebush!!Maisarah membaling bantal asrama yg agak keras tu...Sakit kot..

"Dah tu,siapa suruh tak pergi mandi lagi.Tadi bukan main paksa aku mandi awal lah .Nanti aku demam pulak lah itulah inilah seterusnyalah..selepas inilah..kemu.."

"Oit oit nenek, jangan dok berletiaq lah.Ya,aku nak pergi mandi lah ni.ha tengok ni tuala dah ada kat atas kepala aku ni ha.comel tak?"sambil menggayakan tuala tu macam ala-ala selendang.
"Tadi memang on the way nak pergi mandi tapi bila dah jumpa Iera..ermm kau faham faham jelah..banyak gosip dia tau.."Maisarah menyambung kembali sambil tangan dia tak henti henti melilit lilit tuala.
"Dah macam 'gula-gula putih'dah aku tengok kau ni.belit sana belit sini..aku sembelih kang..haha"aku membalas
"Oit oit,mulut tu baim sikit ek.nanti ada.kat.."
"Aaaaa diam-diam sudah.shuh shuh..aku rasa nak pitam dah dengan bau kau ni"
"Yela"Maisarah pon berlalu pergi meninggalkan aku sendirian.
"Macam-macam lah Maisarah ni"detik ku di dalam hati.

sambungan......